Saturday, April 26, 2008

Fikir-Fikirlah Bersama Tun @ DePalma Ampang

Forum bersama Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad diadakan di Hotel DePalma Ampang. Turut bersama Tun Mahathir, Tun Siti Hasmah dan Tan Sri Sanuni Junid, bekas Menteri Besar Kedah. Lebih 1,500 orang hadir pada majlis yang dianjurkan oleh UMNO Cawangan Pusat Bandar Chempaka, Bahagian Pandan dalam keadaan penuh sesak di Hotel DePalma, Ampang Point itu.

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 menunjukan UMNO dan BN gagal di 5+1 negeri, merosot di negeri lain dan gagal meletakan Menteri Besar pilihan dalam 2 negeri lain. Bilangan pengundi baru tidaklah begitu banyak tetapi jumlah pemindahan undi dari BN ke parti pembangkang menunjukan rakyat tidak lagi menerima kepimpinan sekarang, termasuk negeri yang secara tradisinya mendukung kuat UMNO seperti Johor. Undi BN di Johor juga merosot teruk dan bilangan undi rosak juga meningkat atas sebab sesetengah orang Johor yang tidak sanggup untuk mengundi pembangkang tetapi ingin menunjukkan sabotaj kepada Kerajaan pimpinan sekarang.

“Kalau reti malu, dah malu dah!” ujar Tun Dr. Mahathir dengan menerima tepukan gemuruh dan sorakan ribuan hadirin yang hadir. “Rakyat mengundi Pembangkang bukan kerana mereka mahukan Pembangkang tetapi telah kecewa dengan UMNO dan perkara yang dilakukan oleh Kepimpinan”.

Ahli UMNO didesak untuk berani bangkit dan menyuarakan perasaan mereka dan tidak berharap kepada Kabinet “Yang takut”. Beliau juga mengulangi desakan agar ahli UMNO mengubah Kepimpinan demi kepentingan UMNO dan masa depan bangsa Melayu, sebagaimana yang dibuat pertama kali di Johor Bahru pada 10 Feb 2007. Contoh yang diberikan ialah bagaimana Pengasas UMNO Dato’ Onn Jaafar, yang begitu besar jasanya dan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra, juga berjasa besar pada negara, berundur kerana Kepimpinan mereka tidak lagi relevan dan diyakini orang Melayu.

Semasa sesi soal jawab, Tun Mahathir juga mengariskan bahawa ahli UMNO perlu berani membuat perubahan. Jika ada yang berani kedepan untuk menawarkan diri, pasti UMNO mendapat sokongan dan keyakinan rakyat semula.

Untuk soalan mengenai sistem kuota pemilihan dalam UMNO, beliau menjelaskan bahawa sistem itu diadakan agar personaliti tertentu dihalang dari membeli pencalonan dari Bahagian, sebagaimana berlaku semasa Anwar Ibrahim mencabar Timbalan Presiden UMNO Ghaffar Baba dalam pemilihan UMNO 1993.

Mantan Naib Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Tan Sri Sanusi Junid menegaskan bahawa UMNO perlu diubah dalam memperbaiki kembali kedudukan UMNO sekarang. Sepanjang perkhidmatan beliau dalam kerajaan, Tun Sri Sanusi Junid juga banyak menekankan kejayaan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Presiden UIAM itu juga menegaskan bahawa beliau telah meletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah semasa Pilihanraya Umum Ke-10 kerana menerima tanggungjawab BN Kedah kalah 8 dari 15 kerusi Parlimen kepada Pembangkang, walaupun Kerajaan Negeri BN Kedah masih mengekalkan 2/3 majoriti.


No comments:

Advertisements



My Listings

Personal Blogs - BlogCatalog Blog Directory Blog Directory Bloglisting.net - The internets fastest growing blog directory blog directory
Personal Blogs TopOfBlogs
Personal Development Plan,  Personal Values Blog Directory & Search engine Join My Community at MyBloglog! Personal
Blog Directory Blog Search, Blog Directory
Personal blogs