Friday, April 25, 2008

Teruskan Perjuanganmu Tun Dr. Mahathir ....

Satu Forum yang dianjurkan oleh laman web MyKMU.net telah diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor. Forum yang bertajuk “Satu Pernilaian” telah dihadiri oleh para panel yang hebat diantaranya Tun Dr. Mahathir, Dato Mukhriz Mahathir, Dato Khir Toyo dan Dr Mohd Puad Zakashi.

Saya berasa beramat bangga dan terharu dengan usaha yang dilakukan oleh beliau selama memerintah Negara ini. Tun merupakan idola saya sejak dari saya kecil lagi. Apatah lagi dalam keadaan Negara sekarang, saya memang sentiasa mengikuti gerak-geri Tun dalam memperjuangkan martabat Negara ini dari dirampas oleh kuasa yang tidak sepatutnya. Perjuangan gigih Tun dan naluri ikhlas Tun amat saya hormati dan sanjungi. Apa yang diharapkan oleh saya serta rakyat Malaysia agar Tun terus menyuarakan pandangan serta kritikan yang membina untuk menyelamatkan Malaysia daripada "Perompak" yang sedang mengukir satu agenda untuk "Menjual" Negara Kita yang dicintai ini. Walupun dalam usia menjangkau 80 tahun , Tun tetap berusaha untuk menyelamatkan Negara ini walaupun pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuh demi Malaysia dan rakyatnya.

Forum-forum yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan ahli UMNO, dan parti-parti lain dinegara ini. Lebih 3000 orang menghadiri forum ini semata-mata untuk melihat sendiri tokoh pejuang Negara kita ini. Panel-panel lain yang hadir juga member pandangan dan pendapat mereka dalam keadaan Negara hari ini. Tidak lupa juga kepada Dato Mukhriz Mahathir yang bersemangat waja dalam membetulkan keadaan Negara kita sekarang. Hal ini harus dipandang serius oleh semua dalam memperbaiki keadaan sekarang yang sudah tidak betul. Jangan biarkan parti keramat ini lumpuh dan gagal untuk bangun bertindak dalam usaha menyelamatkan Negara Malaysia ini.

Forum ini menjadi tegang kerana mereka ini penjelasan yang lebih terang kenapa Selangor gagal mempertahankan kejayaannya dalam pilihanraya yang ke-12 lepas. Dato Khir Toyo menyelaskan segala keadaan yang berlaku di Selangor dan menjawap segala soalan yang dikemukan kepada beliau oleh penduduk di negeri Selangor ini. Keadaan menjadi tegang tetapi dapat diatasi dengan sebaik-baiknya.

Ketua UMNO Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zakashi juga memberikan komen-komen dan pandangan beliau yang bernas apa yang perlu dilakukan oleh UMNO pada masa kini. Segala hujah beliau memberi satu makna yang mendalam pada setiap orang yang menghadiri Forum tersebut. Usaha beliau juga dalam membantu untuk membaiki semula keadaan sekarang mendapat perhatian ramai pihak.

Teruskan usaha Tun, Kami sentiasa akan menyokong Tun walau dengan apa cara pun, kami akan menyokong tanpa ada perasaan berbelahbagi. Hanya suara keramat Tun akan dapat membenamkan agenda tersembunyi tangan tangan "ghaib" untuk memperbodohkan rakyat Malaysia. Akibat kurang keberkesanan pemimpin sekarang, Malaysia kini menuju ke satu era penjajahan moden sebagaimana yang dilakukan oleh yahudi terhadap satu bangsa yang lemah. Teruskan usaha murni ini, kita hancurkan bersama "Petualang Negara " yang kini sedang memiskinkan Malaysia.

Saya dan rakan-rakan sentiasa menyokong Tun dan sahabat perjuanganmu dalam terus bersatu dan menyokong segala tindakan bijak Tun demi Negara kita, MALAYSIA

No comments:

Advertisements



My Listings

Personal Blogs - BlogCatalog Blog Directory Blog Directory Bloglisting.net - The internets fastest growing blog directory blog directory
Personal Blogs TopOfBlogs
Personal Development Plan,  Personal Values Blog Directory & Search engine Join My Community at MyBloglog! Personal
Blog Directory Blog Search, Blog Directory
Personal blogs